| Monday, 21-Apr-2008 09:00 |
|
Hornbill Restaurant, Kuala Lumpur
|
|
Tarikh rilex : 20th April 2008
Hari : Sunday
Tempat Kejadian : Restoran Hornbill, Kuala Lumpur
Bilangan Peserta : 3 worang jer
8-) Urm.. jalan2 kali ini membawa kami ke Restoran Hornbill yang terletak bersebelahan dengan Taman Burung Negara (ye ke negara? eheks! :-D ). Pengriadhahan ini dilaksanakan oleh cik ila, Cik Yus & Cik Amy selepas abes waktu kija overtime :groucho: . Pada asalnya niat kami adalah untuk melawat taman rama-rama (Butterfly Farm) yg terletak berhampiran jugak dgn restoran ini, tetapi malangnya keadaan cuaca tidak mengizinkan kami berbuat demikian. Tambahan pula, makcik yang jaga kaunte di situ berkata, "Rama-rama tarak kuluar la cuaca mcm ni adikk.." Aiyoh.. ya ka aci? huhuhu LOL ..so, dgn perasaan yg agak malu :shy: jugak sbb xtahu habit sang rama-rama neh, maka kami pun memblahkan la diri kami ke tempat lain (kunun-kununlaa..). Disebabkan masing2 kesejukan yang amat dek kerna ujan yg turun bagaikan mutiara..eh..maka kami decidela utk mencari kedai demi membasahkan tekak kami dgn air panas menggelegak..eheh!!.. Maka Cik ila pun telah mencadangkan agar melaksanakan keinginan masing di Restoran Hornbill, Kuala Lumpur. Sebenarnya, Cik ila da penah try restoran mahal ni seblom neh dgn "sygku" (huhuhu) tp kali neh sengaja jer Cik ila nak rasa seronoknya bila pergi bersama kawan2 pulak.. :P
Adapun Restoran Hornbill ini diberi nama jolokan tersebut dek kerana letaknya yang bersebelahan dgn Taman Burung dan betul2 dekat dgn tempat bertenggek burung hornbill tu.. Siap kadang2 tu, kalu bernasib baek, pelancong boley shared makan minum lg ngan burung tersebut (betapa hampirnya restoran neh dgn sarang burung tuuu). Lebih tepat lg kalau dikatakan yang separuh dari restoran ini terletak di dalam Taman Burung tersebut. :-O Apakah burung Hornbill tu?? Labi2 kah? Ayam didik kah?bukannnlaaa... Burung Hornbill ini lebey dikenali sebagai Burung Enggang dalam bahsa melayu tulennya. Mempunya paruh berwarna kuning & merah, bulu pelepah berwarna itam & putih, burung ini tetap mempunyaikeunikannya yg tersendiri. Burung ini juga menjadi lambang kemegahan orang Sarawak..betulll..xtipu.. Cik ila pun xtau kenapakah.. :satisfied_nod: eheheh.. Saiznya boleh mencapai sehingga..besarla.. (xreti nak cakap-sila rujuk kamus burung yea..hih huuuu).
Suasana di dalam & restoran ini pastinya memukau setiap pengunjung yang dtg. Suasana di dalam restoran ini amatlah romantiknya :groucho: dgn lampu yg agak2 malap redup gitu. Dan keadaan di luarnya pula sgt segar..Cik ila syorkan utk pasangan bercenta ke sini. Very exclusive, very privacy.. Romantic sgt.. Tapi, sandri mau hingatla.. bila exclusive, herga makanan xdela cheap sale punya. Boley tahanla herganya. Urmm, restoran ini menawarkan pelbagai jenis juadah. Western? Malay? Chinese? ada jer.. tp cara persembahan makanan tu, mcm kat hotel la..sebab tu la herga dia "boley tahan". Petang tu, we realy had a great time together. Minum coffee & makan fries.. bolehla layan. Sejuk2 tu boleh hajeee.. 8-)
:coin: Cik ila memang menyarankan anda semua cuba try test restoran neh.. Kalau dah boring & kekenyangan, apakata anda melawat burung2 kat Taman burung tu pulak. RM15 per entry (with mykad) jer utk Adults & kanak2?xhengat daa.. Cik ila da penah masuk Taman Burung tu.. best sgt.. utk pencinta burung.. eheh! xwugilah!! betol neh.. Then, kalau xnak, anda bleh melawat Balai Polis Bukit Aman (aaaa..cantek ah tu!)..xpun, taman tasik Perdana& byk lagi la tempat yg bleh dilawati disekitar restoran neh.. Well, KL bukannya byk sgt tempat nak jalan2 kan.. Boleh jer layan semua2 tu.. jom laa.. bila lagi??
|